INFO MENGENAI SEKOLAH

Nama Sekolah :

Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid

Jenis Sekolah :  KebangsaanSekolah kerajaan

Kod sekolah : XBA2151

 

Lokasi : Sabah, Malaysia 

Peti Surat 03 89320, Telupid.

SEJARAH SEKOLAH

 

Pada tahun 1967, pihak MISSION ROMAN KATOLIK telah membina sebuah bangunan sekolah dan rumah guru di kawasan tanah kepunyaannya di Daerah Kecil Telupid.

Kawasan ini agak jauh dari kawasan perumahan dan dikelilingi dengan pokok-pokok besar. Sekolah ini dinamakan sebagai ST. MARTIN'S PRIMARY SCHOOL dan dibuka pada 11/09/1967 dengan mempunyai hanya 49 orang murid dan seorang guru. Bahasa penghantar pada waktu itu adalah bahasa inggeris. Murid-murid ini diagihkan kepada dua kelas iaitu Darjah 1 dan Darjah 2. Darjah 1 adalah untuk mereka yang tidak mempunyai asas membaca, menulis dan mengira, manakala Darjah 2 bagi mereka yang mempunyai asas dan yang telah meningkat umur.

 

Kedua-dua kelas ini kemudiannya dinaikkan darjah setelah sekolah dibuka semula pada tahun 1968, di mana satu lagi kelas ditambah menjadikannya tiga kelas. Setiap tahun bilangan kelas itu bertambah sehingga pada bulan Januari 1971, menjadikan sekolah ini mempunyai 6 kelas iaitu Darjah 1 hingga Darjah 6. Bilangan kelas ini kekal sehingga akihr tahun 1979.

Pada Januari 1980, pendaftaran bagi murid-murid Darjah 1 terlalu banyak menyebabkan pihak sekolah terpaksa membuka 2 kelas untuk Darjah 1. Pada tahun berikutnya setiap Darjah mempunyai 2 kelas sehingga pada tahun 1987 jumlah kesemua kelas adalah 12. Pada tahun 1988, Darjah 1 mempunyai 3 buah kelas dan bertambah pada setiap tahun kerana penduduk di sekitar Telupid semakin bertambah.

Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar telah menggantikan Bahasa Inggeris pada tahun 1970 bermula bagi murid-murid Darjah 1. Pada tahun 1983, sekolah ini melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan melaksanakan sepenuhnya pada tahun 1988.

SEJARAH PENTADBIRAN

1. Puan Salvacion T. Canda Rullan (September 1967 - Februari 1983)

2. Encik Hansel David Diago (Mac 1983 - Januari 1988)

3. Encik Peter Walter Anun (Januari 1988 - Mac 2002)

4.Encik Maha @ Kahat Nain (Mac 2002-Mac 2012)

5.Puan Atianah Noemi Dalus (Mac 2012-Ogos 2017)

6.Encik Dominic Nara (4 Ogos 2017-Sekarang)

VISI, MISI & PIAGAM PELANGGAN

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan

Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara

PIAGAM PELANGGAN

 

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TELUPID DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK ;

 

  • Memastikan setiap pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan;

  • Memastikan setiap pelajar tahap II ( tahun 4 hingga tahun 6 ) menyertai kegiatan ko-kurikulum mengikut jadual yang ditetapkan;

  • Memastikan setiap pelajar miskin diberikan kemudahan bantuan sewajarnya;

  • Memproses pembayaran gaji atau elaun-elaun dalam tempoh 1- 4 bulan dari tarikh kelulusan;

  • Memproses pengesahan jawatan Guru Sandaran Terlatih dalam tempoh 1- 3 bulan selepas tarikh lantikan rasmi;

  • Memproses pendaftaran dalam masa 30 minit bagi murid baru dan 5 minit untuk pendaftaran semula;

  • Memproses Borang Pertukaran sekolah murid dalam masa 30 minit;

  • Memastikan semua aduan waris murid diambil perhatian, tindakan dan diberikan maklumbalas dalam masa seminggu;

  • Menyempurnakan segala arahan dan urusan daripada PPD, JPN dan KPM dalam jangka masa yang ditetapkan;

IDENTITI SEKOLAH

 

LENCANA / LOGO

WARNA MERAH / API  DIAN

Melambangkan “ ILMU ADALAH PENERANG HIDUP ”

WARNA BIRU / PUTIH BERJALUR-JALUR

Melambangkan perpaduan, keharmonian dan ketelusan semua warga sekolah

 

BENTUK DUA BULATAN BERWARNA OREN TERMASUK KANDUNGNYA

Melambangkan sistem pengajaran & pembelajaran 3M yang diamalkan

 

EMPAT GELANG BERPADU DENGAN API OBOR

Melambangkan keaktifan sekolah ini dalam bidang kokurikulum

 

PERKATAAN “ BERILMU BERBAKTI “

MOTO lencana dan MOTO sekolah ini

LAGU SEKOLAH SK.PEKAN TELUPID

 

Kami datang dengan penuh hati

SK.Pekan Telupid

Berilah kami sinaran

Agar cerah masa depan

Kami kan berjanji

Belajar Bersungguh

Untuk memenuhi hasrat ibubapa

 

Kami ingin supaya menjadi

Pelajar baik dan terpuji

Berguna kepada bangsa

Serta negara tercinta

Hak Cipta Terpelihara ©  2018-2020  SK Pekan Telupid [No Tel:089-521730] segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik SK Pekan Telupid kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada SK Pekan Telupid

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now