#I see something...


Tajuk : I see something…

Diadaptasi daripada cerita sebenar

Pagi itu cuaca cerah.


“Stand up class. Good morning”


“Good morning Mr. Y”.

Usai mengucapkan salam, setiap murid tahun 6 di dalam kelas ini akan menadah tangan membaca doa. Manakala yang lain menunduk kepala berdoa mengikut agama masing-masing. Ini rutin yang telah diajar oleh seniorku semasa di Maktab Perguruan lagi dan aku telah terapkan dalam diri setiap murid.



Walaupun subjek yang diajar adalah mata pelajaran Bahasa Inggeris., namun berkat itu perlu.

Mataku memandang seluruh isi kelas. Mencari murid yang tidak hadir ke sekolah hari ini. Tiba-tiba aku terpandang suatu yang wajah yang asing. Berpakaian sangat kemas. Wajahnya sangat bersih. Rambutnya diikat ke belakang. Rapi. “Who are you?” lagakku.


Dengan lembut dan sopan, dia berkata “My name is R. I’m a new student”. Fuhhhh!! Hanya dua ayat yang diucapkan namun aku sudah boleh agak kefasihannya berbahasa Inggeris. Terus terangkat keningku. Jarang sekali aku dengar murid fasih berbahasa Inggeris sebegini. “Errr… Where do you school… Sorry, where do you study before?” Aahhh!! Tergagap pula. Sudahlah salah penggunaan Grammar dalam soalanku. Biarlah. Ujarku dalam hati. “I study at bla bla bla bla. Then bla bla bla… So my mother bla bla bla. So starting from today I will study here. Amazing!! Walaupun aku tidak berapa endah apa yang diperkatakan. Mahu saja lagi aku mendengarnya bercakap Bahasa Inggeris, tapi masa kelasku berjalan.

I see something in this girl…..





Sejak hari itu, kerap aku perhatikan sikap dan tingkah laku murid ini. Lain daripada murid-murid yang lain. Setiap kali sebelum guru masuk ke kelas, dia akan membaca buku. Setiap kali apabila aku keluar dari kelasnya juga, dia terus membuka buku untuk dibaca. Menunggu guru seterusnya masuk. Pernah aku bertanya, buku apa yang dibaca. Selamba dia berkata, “This is not a book, sir. This is a novel”. Tetap lembut dan sopan tutur katanya. Kulihat novel tersebut dalam bahasa Inggeris. Ya Allah. Malunya aku. Aku sendiri jarang sekali membaca bahan bacaan bahasa Inggeris apatah lagi novel.


I see something in this girl. She is…

Suatu hari, seorang rakan di sekolah menanyaku. “Mr. Y, we need to find a candidate for Nilam Peringkat Bahagian. Do you have suggestion?”


Dengan spontan aku menjawab, “Why not si R? I think her English is good.” Entah kenapa laju sahaja mulutku mengesyorkan namanya. Mulai dari hari itu, murid ini dipanggil untuk menjalani latihan bersama Ms. Peach. Kadangkali aku akan masuk ke pusat sumber melihatnya berlatih. Dia selalu kelihatan tersenyum. Malu barangkali.


I see something in this girl. She is different…

Tiba hari pertandingan, semua peserta duduk di dalam sebuah dewan. Sunyi walaupun cuaca di luar sangat cerah. Bukan kerana tiada orang di dalam dewan tetapi masing-masing gemuruh dengan suasana bertanding. Setiap peserta masih cuba mengingat skrip bahasa Inggeris mereka. Murid R juga tidak terkecuali. Dipejamkan mata agar tiada siapa yang mengganggunya sambil mulutnya terkumat kamit. Entah apa dibacanya aku juga tidak mengerti. Macam membebel sendirian pun ada. Ms. Peach pula setia duduk di sebelahnya membantu. Keakrabannya mereka bukan lagi seperti guru dan murid. Mungkin seperti kakak dan adik dan kadangkala seperti ibu dan anak. Kami sebagai rakan guru juga kagum melihat sifat semula jadi Ms. Peach.


“Teacher, I’m nervous.” R mula bercakap dengan gurunya. Ditenung muka anak murid itu cuba mencari ayat sesuai untuk menenangkan si R. “You know what? I’m nervous too. It’s good that you are nervous. It means you want to win this competition”. Ujar Ms. Peach. “I see something in you, R. Your English is very good. We had been practising a lot and you improved more than I expected” tambahnya lagi. Seperti diduga, R berjaya menggondol tempat pertama dalam pertandingan itu sekaligus akan membawa nama negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan. Di Peringkat Kebangsaan juga, Ms. Peach tetap menemani beliau, jurulatih setianya. Di sana, sekali lagi R membuktikan kebolehan dia apabila dinobatkan sebagai Top 5 dalam kategori school from rural area. Kagum kami apabila melihat keputusan yang dihantar oleh Ms. Peach melalui group Whatsapp sekolah.


Tidak putus-putus ucapan tahniah diberikan kepada mereka berdua. Siapa sangka murid bertubuh kecil mampu berdiri sama tinggi dengan peserta terbaik dari sekolah-sekolah lain seluruh Malaysia.

I see something in this girl. She is different. I see huge potential in her….

Beberapa bulan lagi sebelum UPSR menjelma. Seperti biasa semua murid tahun 6 akan bertungkus lumus menelaah pelajaran. Niat di hati hanya satu. Mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus membuat ibu bapa mereka bangga. Aku pernah berpesan kepada murid-murid, “I want to see you cry. Not because you fail. But because you get 6A in UPSR. A cry of joy. Sebuah tangisan kegembiraan,” tegasku dalam kelas.


Apabila keputusan UPSR diumumkan, semua murid tahun 6 dikehendaki memasuki kelas untuk mengambil slip keputusan. Namun, apabila si R menerima slip keputusannya, beliau menangis. Dia jelas hampa. Aku kehairanan. Apa yang terjadi? Salah seorang rakan guru memandangku lalu menggeleng kepala lemah. Ah sudah! Ini jarang sekali berlaku dalam hidupku. Pelbagai persoalan mulai timbul. Takkan dia gagal? Berapa dia dapat? Apabila ada guru yang cuba memujuknya, semakin kuat pula tangisan murid ini. Gagal dipujuk. Lantas hanya seorang yang dapat kufikir untuk memujuk insan ini. Ms. Peach. Segera kucapai handphoneku untuk menghubungi Ms. Peach. “Ms. Peach, tolong naik ke kelas sekejap. I need your help.”





Ms. Peach segera datang dan memapah R turun dari kelas. Lemah langkahnya. Dibawanya ke bilik kegemaran kedua-dua orang ini. Pusat sumber. Tempat dia menghabiskan masa bersama guru kesayangannya itu. Dia cuba untuk memujuk anak kecil itu. Masih lagi kedengaran tangisannya dari dalam Pusat Sumber. Kami masih tertanya-tanya apakah keputusan UPSR beliau. Penolong Kanan membisik dia mendapat 5A1B.


Ya Allah. Itu sudah cukup baik bagi kami. Namun tidak bagi dirinya. Seolah-olah dia telah menghampakan semua orang. Terutama ibu bapanya. Mungkin dia beranggapan cita-citanya untuk menjadi seorang Professor tidak akan kesampaian dengan keputusan begini. Tidak lama kemudian, mereka keluar dari Pusat Sumber. Bengkak mata si R. Dapat juga guru kesayangannya itu memujuknya. Entah apa kata-kata yang digunakan. Kami lega.


“I’m sorry teacher. I did not get 6A.” ujarnya dengan lemah. Guru-guru datang memberikan kata-kata semangat kepadanya. “Kamu bukan gagal. 5A1B sudah cukup baik bagi kami semua. Sudah banyak yang kamu sumbangkan kepada pihak sekolah. Jangan bersedih. Kami bangga dengan kamu.” Aku cuba menyampaikan cerita-cerita orang yang pernah jatuh tapi bangkit semula. Kuharap beliau mengerti. Sejak itu, aku tidak lagi melihat wajah si R di sekolah.


Bermulanya tahun baru, murid yang pernah menjadi tahun 6 di sekolah kami kini memulakan langkah menuju ke Tingkatan 1 di sekolah menengah. Di dalam bilik guru, kubelek handphoneku melihat mesej yang masuk. Kulihat ada satu gambar yang dihantar oleh salah seorang ibu bapa. Gambar murid-murid yang masuk ke sekolah berasrama penuh di semenanjung Malaysia. Ada suatu wajah yang aku hampir tidak kenal. Berdiri agak pendek di samping rakan-rakannya yang lain. Berambut pendek di atas paras bahu tetapi lurus. Senyumannya seperti aku biasa lihat. Segera aku tunjuk gambar tersebut kepada salah seorang rakan mengajar di sekolah.


“Kau sudah lupa, Mr. Y? Ini kan si R. Dia pun dapat masuk sekolah berasrama penuh di Semenanjung bersama seorang orang lagi rakan baiknya.” ujar cikgu itu. “Dia bersekolah di mana?” lantasku bertanya ingin tahu apakah sekolah yang dimaksudkan. “Sekolah Seri Puteri. Pernah dengar?” Lalu mengangkat bukunya ingin masuk ke dalam kelas.


“Sekolah Seri Puteri ya?” Kataku dalam hati.

Kurenung kembali gambar murid itu. Masakan aku tidak tahu sekolah itu. Antara sekolah menengah terbaik seluruh Malaysia. Bukan calang-calang murid yang dapat masuk ke sekolah itu. Aku tersenyum saja mengenangkan kembali peristiwa tahun lalu. Lalu kuteruskan kembali kerja menanda buku latihan murid.



R… R… Senyumku sambil menggelengkan kepala. Dapat juga kamu masuk sekolah asrama penuh ya? Sambungku dalam hati.



Tanggapanku tidak salah. I see something in this girl. She is different. She has huge potential in her. Kecil bukan bermakna lemah. Jatuh tak semestinya gagal. Ini adalah cerita benar tentang Ronna Christy, murid tahun 6 SK Pekan Telupid 2019.

Diolah dengan izin

Tulisan : Yusree Jumpaan

66 views

Hak Cipta Terpelihara ©  2018-2020  SK Pekan Telupid [No Tel:089-521730] segala kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah hak milik SK Pekan Telupid kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada SK Pekan Telupid

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now